● KL Gangster 2 Dijangka Lebih Panas & Ganas !!
Satu Malaysia dah tahu Datuk Yusuf Haslam akan ‘all out’ untuk filem KL Gangster 2 sampai sanggup labur hingga RM3 juta, fuh!
Semuanya gara-gara kejayaan KL Gangster mengutip RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 pawagam di seluruh negara baru-baru ini.
Pengarahnya Syamsul Yusuf pernah berkata, KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.
Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan bantuan Rizal Ashreff berkata, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampilkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.
Selain skrip, jalan cerita dan mengembangkan lagi watak-watak sedia ada, pengarah muda ini tidak ketinggalan mengundang Rosyam Nor berlakon dalam filem ini.
Kemunculan Rosyam yang akan melakonkan watak ketua penjahat bernama Don dalam filem yang telah menjalani penggambarannya di sekitar Lembah Klang sejak 1 Disember lalu itu, dijangka menjadikan KL Gangster 2 lebih menarik untuk ditonton.
Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.
Nampaknya makin ganas filem KL Gangster 2 ni…kalau cantik garapannya, penulis percaya filem ni pasti akan pecah panggung seperti filem terdahulu.
Lagipun Syamsul dan bapanya dah masak benar resipi untuk menghasilkan filem-filem box office ini.
Mereka tahu selera penonton, mereka tahu apa yang perlu dihidangkan untuk menarik orang ramai ke panggung wayang.
Dan yang paling penting, mereka tahu bagaimana untuk ‘mencipta wang’!
Kredit : Laman Kongsi
● Bahaya Guna Laptop Atas Tilam
laptop adalah portable komputer mudah alih yang boleh dibawa kemana dan membuat kerja harian anda yang berkaitan dengan penggunaan komputer, online, menaip, movie, download, upload dan mcm2...
ada beberapa perkara yang berbahaya sekali apabila anda sedang menggunakan laptop.
sebelum itu baca kisah ini terlebih dahulu.
Sepasang suami isteri kehilangan anaknya berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka pada 4 Jun. Anak mereka mempunyai ijazah MBA graduan University of Wisconsin-madison 2 minggu lalu pulang ke rumah untuk seketika. Dia makan tengah hari bersama bapanya di rumah sementara menuggu ibunya pulang ke rumah. Sebelum pulang ke hostel, dia mengambil keputusan untuk tidur seketika memandangkan ibunya masih belum pulang. Tak lame selepas itu, jiran mereka menghubungi 911 kerana ternampak asap tebal di rumah mereka.
Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun itu maut dalam kebakaran dan kes ini disiasat selama beberapa hari untuk mengetahui sebab kebakaran berlaku. Apabila siasatan selesai, keputusan menunjukkan kebakaran bermula dari laptop yang diletakkan di alas tilam. lelaki berusia 25 tahun itu bukan mati akibat terbakar, sebaliknya mati akibat terhidu asap beracun carbon monoxide.
Sememangnya perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tidak memberi keselamatan yang terjamin lagi pun ianya bukan sahaja membahayakan kita malah mengurangkan tahap kesihatan laptop dari segi processor yang mengeluarkan dan menyedut udara apabila diatas tilam.
tilam mengeluarkan haba yang tidak baik kepada kita dan juga peralatan lain. saya sendiri dah siasat perkara ini, ramai pengguna laptop mengalami kerosakan laptopnya darisegi cpu processor/cooler disebabkan letak diatas tilam.
yang disarankan adalah dapatkan cooler pad untuk menjadikan alas pendingin bagi laptop anda dan ini akan menyamankan laptop anda yang mengalami panas yang melampau.
Kredit : Bual Komputer
● Najwa Latif - Carta Hati -YouTube
Tajuk Lirik Lagu : Carta Hati
Artis/Penyanyi : Najwa Latif
hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lagu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanji kan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggal ku sendiri
Jangan tinggal kan carta hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
● Superb Kids *MESTI TENGOK !
● Contest I Love Photography by Anis and Aina :)
● 15 Gambar - Gambar Dramatik (ye la kot) :p
● Lagu Bunkface Diharamkan RTM ! !
KUALA LUMPUR – Kumpulan punk rock tempatan, Bunkface terpaksa akur apabila semua saluran radio dan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan penyiaran sebuah lagu nyanyian mereka yang berjudul Panik baru-baru ini.
Menurut penyanyi dan gitaris Bunkface, Sam biarpun dia kecewa dengan pengharaman Panik tetapi dia dan anggota-anggota kumpulannya pada masa sama kurang faham mengapakah lagu itu yang tidak mempunyai sebarang unsur negetif menerima nasib malang sebegitu.
“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.
“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,” katanya kepada MyNewsHub sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor malam kelmarin.
Pada pertemuan itu, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum dan Bunkface telah diangkat sebagai pemenang anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP).
Jelas Sam, 24, yang merupakan anak kacukan Melayu dan Inggeris menambah, lagu-lagu Bunkface bukan sahaja tidak terbabit dalam mana-mana kepentingan parti politik, sebaliknya kesemua lirik mereka berkisar tentang pengalaman hidup anggota-anggota kumpulannya.
“Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adalah apabila RTM terlalu mudah untuk mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik,” komennya lagi.
KREDIT :
- MYNEWSHUB -
● LirikLagu : Selamanya Harimau Malaya - Youtube
Jom Siasat !!
Ok , Skarang ni kan da musim DEMAM BOLA !! haha ..