Korang , Jangan Lupa Klik Like Taw !! :)

● Suasana Di Masjid Hari Jumaat (LAWAK)

Assalamualaikum ! :)

Bagi kaum perempuan, mereka mesti tertanya-tanya apakah suasana sebenar di masjid apabila tibanya hari Jumaat cenggini. Dalam fikiran mesti tengah terbayang bakal suami aku tu buat apa la ..

Benda yang korang tengok kat tv tak sama di mana tiada manusia yang tidur semasa khutbah. Bagus juga letak kemera depan geng-geng tidur berjemaah time khutbah ni. Mesti dorang segar bugar mata , al maklumlah masuk tv.

Pemandangan yang biasa dilihat di masjid..

1. Adegan tolak tabung



Tabung pulak harus ditolak ke garisan penamat sampai habis. Kalau berhenti tandanya orang tu tertidur dan tak sedar tabung di depan mata. Haha ~ em selalunya semua orang pandang tabung ni time dia bergerak. Tak tahu kenapa. Mungkinkah semua orang berkata dalam hati "apala dia ni nak sedekah pun takmau .. bla bla bla .."

Ujub namanya tu . Cis ..

2. Main henset time khutbah



Ini selalu dilakukan. Entahlah apa yang dia main dengan henset dia tu. Ada sekali tu mamat mana entah main Angry Birds time khutbah , bukan reti bagi slow bunyi . Cehh !!

3. Tidoo !



Ini normal. Maklumlah malam tadi malam jumaat. Jeles betul warga bujang cam kite ni ..

4. Hilang kasut



Kes ni wajib ada tiap kali lepas habis sembahyang jumaat. Kes ini misteri sebab semua orang yang datang masjid pakai kasut tapi bila nak balik mesti ada orang yang tak cukup kasut. Cis ..

ok , tu je lah yang faiz nak bg tau ~ hihi ..

Okeyy ~ selamat menunaikan sembahyang jumaat. *tengah betulkan songkok


via : akimikball

● Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah (^^,)




Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]


Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas.

Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]


Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]

Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”

Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]


Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”[4]

4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.

Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.” Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa: “Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun): “Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”[5]



[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).

[2] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).

[3] Sayang sekali kebanyakan wanita sekarang ini tidak lagi memandang mulia terhadap peranan mereka untuk melahir dan membesarkan anak. Apa yang dipandang mulia oleh Allah kini dipandang hina oleh manusia. Semua ini berlaku kerana manusia kini mengejar kemuliaan mengikut ukuran mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa apa yang dianggap mulia oleh sebahagian manusia dianggap hina oleh manusia yang lain. Apa yang dianggap mulia pada masa kini akan menjadi hina pada masa akan datang. Ringkasnya, kemuliaan mengikut ukuran manusia sentiasa bersifat nisbi manakala kemuliaan mengikut ukuran Allah sentiasa bersifat hakiki.

[4] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 9.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad – hadis no: 4 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 2799


● Magnetic Aura : Keajaiban Dunia Sains & Teknologi


Magnetic Aura adalah hasil rawatan magnetic yang telah dijalankan di United Kingdom oleh pakar-pakar di dalam bidang perubatan alternatif. Magnetic Aura merupakan produk terapi kesihatan alternatif yang mampu memberi kesan positif secara automatik di samping dapat meningkatkan taraf kesihatan penguna. Sistem peredaran darah yang lancar membolehkan sel-sel di dalam badan anda menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi. Terapi Magnetic Aura mampu mengimbangi cas negatif dan positif di dalam badan seterusnya membantu melancarkan sistem perjalanan darah anda. Magnetic Aura dihasilkan bersama sumber alam semulajadi yang terpilih lagi bermutu dan dijamin selamat. Alamilah perbezaannya.

Pengalaman Ustaz Nik (JAKIM) Sebelum & Selepas Menggunakan Magnetic Aura

APA KHASIAT MAGNETIC AURA ?

Ramuan Magnetic Aura -- Magnetic water (UK formula), pati herba bunga yang terpilih dan bermutu, minyak zaitun dan wangian bebas alkohol. Terapi Magnetic Aura berkesan untuk :-

* Migrine (Sakit kepala)
* Resdung
* Kencing manis
* Lenguh Sendi
* Lumpuh/Stroke
* Reput tulang
* Kelesuan
* Stress
* Gout
* Darah Tidak Lancar
* Batu karang
* Sukar tidur
* Pening
* Berhenti merokok

Bagaimana Magnetik Berfungsi Kepada Kita?

Terapi Magnetik Aura :

*Menghalang pemekatan, pembekuan dan pengerasan arteri jantung;
*Menghalang penghabluran dan berupaya merawat penyakit batu karang dan buah pinggang;
*Meningkatkan sistem daya tahan badan dan membantu agen anti penuaan;
*Membantu sel darah putih mempertahan sistem tubuh;
*Membantu pencegahan kegagalan ginjal;
*Mengurangkan risiko penyakit didalam usus serta ulser;
*Berkumur dengan air magnetic boleh mengelakkan penyakit gusi.

Cara menggunakan Magnetik Aura

CARA MENGGUNAKAN MAGNETIC AURA

Sila ikuti langkah-langkah berikut :-

1. Sapu dan gosok pada bahagian luaran badan yang perlu;


2. Sapu dibahagian bawah bekas minuman dan airnya diminum;


3. Disyor agar disimpan di dalam poket untuk sentiasa bertenaga.

******Golongan Yang Tidak Boleh Menggunakan Magnetik Aura :

* Wanita mengandung *
* Bayi dibawah umur 1 tahun *
* Pendarahan terbuka dan pendarahan dalaman *
* Pesakit jantung yang mengunakan bantuan bateri *

MAKLUMAT LANJUT , HUBUNGI :

Harison : 0193082267

Zawawi : 0133181001



● Kisah Sebenar Disebalik April Fool





Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Via - mymasjid.net



● Kisah Sebenar Hari Kekasih (Valentine's Day)




Dah lama tak update blog ni ~
rase bersalah lak wt korang tertunggu-tunggu entri faiz ni ~
Ape-2 pun , faiz mntak maaf banyak-2 .
entri utk hari ni , adalah kisah sebenar tentang hari kekasih ni ~
segala tentang hari kekasih ni , bace lah yerr ~
:)

Pertama , kita perlu bentangkan maklumat sebenar tentang kisah Hari
Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi,
jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan
Valentine Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St.
Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II
(268-270M).

St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia
sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin
atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I
(496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu
sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi
kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan
korban binatang).

Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh
membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih.

Kedua, pada masa yang sama, media boleh membantu dengan mengurangkan aspek
komersial program-program yang menjurus kepada ikutan agama lain.

Mengikut sejarah, orang Nasrani pun tidak merayakan hari ini tetapi apabila
dikomersialkan maka sambutannya terus melonjak. Seolah-olah ia mesti
dirayakan setiap tahun.

Ketiga, kita juga perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa
menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.

Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya,
seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik)
sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.

Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa orang yang mempersekutukan- Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan
(dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya…
(al-Nisa’: 116).

Ada yang mendakwa perbuatan menyambut Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan
suka-suka bukannya melibatkan akidah. Betulkah pendapat begini?

SUBARI: Pendapat sebegini adalah berdasarkan nafsu semata-mata. Lazimnya,
orang bercinta atau sedang angau akan ketepikan fikiran yang waras.

Ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama
lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)

Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad):
Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu
tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara
aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. (Al-Kafirun:
1-6)

Tetapi kalau kebetulan kita membeli hadiah untuk isteri atau suami tanpa
niat sambut Hari Kekasih itu tidak salah. Yang penting jangan ada niat
walau sedikitpun untuk meraikan hari tersebut.

Kalau ada sedikit niat untuk sama-sama meraikannya, maka hendaklah
cepat-cepat kita sedar dan beristighfar. Sebabnya, perkara ini walaupun
nampak enteng tetapi menjejaskan akidah.

Jangan kita diperdayakan oleh syaitan yang telah bersumpah memperelokkan
maksiat kepada kita dalam usaha menyesatkan umat Islam. Ini ditegaskan oleh
Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.

Bagaimana pula Islam mengajar umatnya dalam berkasih sayang terutama kepada
ibu bapa, suami isteri dan keluarga?

SUBARI: Pertama, Islam tidak ada tempoh masa tertentu untuk kita pamerkan
kasih sayang. Sayangnya, dalam masyarakat Melayu ada kecenderungan hanya
pilih waktu tertentu contohnya mohon maaf hanya bila tiba Hari Raya
Aidilfitri.

Sebenarnya, kasih sayang ini perlu ditunjukkan setiap masa. Contohnya kasih
kepada isteri dan anak-anak. Orang muda mestilah mengasihi yang lebih tua
dalam erti kata menghormati mereka.

Kedua, motivasi berkasih sayang berdasarkan tuntutan agama. Kita
mengasihani mereka kerana agama ini menuntut demikian. Bukan kerana harta
mereka atau sebagainya.

Malah, ketaatan kita juga tidak melampau sehingga sanggup melakukan
kejahatan atau maksiat semata-mata memenuhi kehendak mereka.

Ketiga, pamerkan kasih sayang kita. Tunjukkan melalui tutur kata dan
tindakan yang baik. Pendek kata, tunaikan segala tanggungjawab yang
dianjurkan oleh syarak kepada mereka. Lebih daripada itu, tidak salah
mempamerkannya sekali-sekala melalui pemberian hadiah atau ucapan cinta.

Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi hamba-Nya tanpa perlu sebab atau
balasan. Malah Allah tetap melimpahi nikmat walau dibalas dengan
kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita berbanding sifat Maha Pengasih
Pencipta.

Via : budriez :)

Entri Blog Lain