Korang , Jangan Lupa Klik Like Taw !! :)

Maksud Lagu Gangnam Style



Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop.Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 50 juta kali. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Lagu ini nampaknya bakal atau sudah menyamai kedudukan lagu Part Rock Anthem yang dibawakan oleh LMFAO. Peminat lagu ini ingat sangat dengan melodinya, 
walaupun tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.


Apa yang menarik dari video ini? Boleh dikatakan – semuanya. Bermula dari tarian kuda yang aneh tapi menarik, hingga muzik yang begitu mudah mengalir ke dalam telinga – walaupun sebahagian besar orang tidak mengerti maksud liriknya. Tapi tahukah kamu, bahawa dibalik semua itu, Gangnam Style ternyata diciptakan di atas sebuah isu yang sensitif?


Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. Kariernya sudah dimulakan semenjak penyanyi kelahiran tahun 1973 ini melahirkan album pertamanya pada tahun 2001. Karya pertama pemuda bekas pelajar Boston Univeristy ini tidak bernasib kerana Psy dijatuhkan hukuman denda setelah album pertamanya, ‘PSY From The Psycho World!’, diaktankan mengandungi kandungan tidaksesuai untuk anak di bawah umur. Begitu juga dengan nasib album kedua, dibanned, dengan alasan yang sama dengan alasan yang sebelumnya. Album yang dimaksud, ‘Ssa2′juga dikatakan mengandung lirik yang tidak sesuai untuk orang berusia di bawah 18 tahun. Setelah berulang kali melahirkan album, barulah pada album yang terakhir beliau, ‘PSY6?’, nama Psy menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. Dia telah menjadi penyanyi solo Korea Selatan palig berjaya menembusi pasaran Amerika.




Apa sebenarnya maksud lagu Gangnam Style?

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.

Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.

Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.
Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.



Sumber : IsuHangat




Gambar Bayi Keluar Dari Tanah



Kejadian ini berlaku di Bangladesh . Seorang lelaki menemui bayi yang secara tiba-tiba muncul dari dalam tanah. Memang kelihatan seperti tak logik , tetapi kejadian ini benar-benar berlaku .
Menurut orang tempatan , bayi ini merupakan anak dari seorang perempuan mangsa banjir yang baru-baru ini melanda daerah itu kerana di sekitar tempat itu pula ditemui mayat seorang wanita yang kelihatan seperti masih tanda-tanda orang baru lepas bersalin . Ajaibnya , bayi ini masih hidup .









Walahuallam ..

Sumber : IsuHangat


Ong Kim Swee Jadi Jurulatih Singapura



JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengesahkan
tidak menerima sebarang tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk menjadi jurulatih skuad bola sepak negara itu bagi menggantikan Radojko Avramovic.
Pengendali berusia 41 tahun itu berkata, perkara itu timbul selepas beberapa laporan akhbar tempatan di Singapura yang mengaitkan dirinya sebagai antara calon terbaik untuk membimbing skuad Singa. “Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan sebelum ini, isu ini hanya dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan di sana. Saya masih ada kontrak dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan mempunyai misi untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Sea tahun depan.


“Buat masa ini fokus saya hanyalah bersama Harimau Muda A dan saya hanya memikirkan masa depan saya selepas kontrak saya tamat tahun depan,” katanya ketika dihubungi di Vietnam semalam.
Kim Swee mendapat tumpuan di Singapura kerana membimbing Harimau Muda A menduduki tangga keempat Liga-S dan memiliki reputasi baik di rantau ini selepas skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu.


Ketika ini pengendali negara itu berada di Gia Lai, Vietnam bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) negara bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak VFF Newspaper Cup.


Skuad muda negara itu membuka langkah kanan Sabtu lalu apabila membenam skuad B-21 Laos 4-2 pada perlawanan pembukaan dan akan turun menentang Sydney FC dari Australia Rabu ini pada aksi terakhir Kumpulan B.
“Peluang kita untuk melangkah ke separuh akhir cerah selepas menewaskan Laos, tapi saya mengingatkan pemain-pemain supaya jangan ambil mudah dan perlu bersedia untuk berdepan Sydney FC.


“Saya tidak tahu sejauh mana kekuatan pemain muda Sydney FC tapi saya akan mengumpul maklumat itu apabila mereka menentang Laos esok (hari ini),” katanya.



SUMBER : HarianMetro


Entri Blog Lain