Korang , Jangan Lupa Klik Like Taw !! :)

● Justin Bieber Semakin Dibenci :)



Vanity Fair melaporkan bahawa penjualan mereka merudum jatuh secara mendadak selepas syarikat penerbitan terkenal itu menggunakan khidmatJustin Bieber sebagai cover utama majalah mereka edisi Februari.

Majalah tersebut mencatatkan penjualan sebanyak 246,000 naskah dan telah berjaya memecahkan rekod sebagai jualan terburuk mereka sepanjang 12 tahun majalah tersebut di pasaran.

Kali terakhir majalah ini mendapat jualan yang rendah adalah ketika menggunakan khidmat artis popular Will Smith sebagai penghias muka depan pada tahun 1999.

Sebelum ini, majalah remaja Teen Vogue juga telah mencatatkan jualan yang rendah dan merugikan apabila menggunakan gambar Bieber sebagai penghias muka depan. Mereka hanya mampu menjual sebanyak 121,054 naskah sahaja untuk edisi Oktober 2010.

Jelas dah kan, Justin Bieber semakin di benci dari hari ke hari. hahaha, kepada Belieber di luar sana...ape komen korang?




No comments:

Post a Comment

Entri Blog Lain