Korang , Jangan Lupa Klik Like Taw !! :)

● Lagu Negaraku guna versi asal ^^




KUALA LUMPUR : Kabinet bersetuju supaya lagu kebangsaan, Negaraku dimainkan pada semua acara dan majlis rasmi menggunakan versi asal melodinya yang berentak perlahan. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata versi asal melodi lagu itu adalah sama seperti dimainkan pada Majlis Mesyuarat Raja-Raja yang pertama. Katanya, kementerian akan mengedarkan versi asal lagu kebangsaan itu kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam bentuk cakera padat (CD). “Melodi (lagu) Negaraku pernah digubah sebelum ini daripada perlahan kepada agak rancak. Melodi asal memang lunak dialunkan kerana lebih perlahan. “Awal bulan ini, Kabinet selepas mendengar melodi asal lagu Negaraku, bersetuju menggunakan versi asal dan dimainkan secara tradisi,” katanya pada majlis kunjungan hormat Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) yang diketuai Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Kebudayaannya, Azizul Nizam Bidin di pejabatnya di sini, semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Siti Azizah Abod dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Datuk Zakiah Ahmad. Lagu Negaraku pernah menjadi isu apabila ia dinyanyikan Hattan dengan tempo yang dikatakan sumbang pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, Oktober tahun lalu. Kontroversi mengenai melodi asal lagu kebangsaan itu turut mendapat perhatian di kalangan Ahli Parlimen apabila pernah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Rakyat. Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, Rang Undang-Undang Seni, Budaya dan Warisan akan dibentang untuk dibahas di Parlimen dan jika diluluskan ia akan mengangkat martabat dan kedudukan seni, budaya dan warisan negara pada tahap tertinggi. “Kita harap ia mendapat sokongan apabila dibentang ke Parlimen nanti kerana ia akan menjadi rujukan ke arah membina (budaya) bangsa Malaysia,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Entri Blog Lain