Ni faiz senaraikan teknik untuk mendapatkan kusyuk dalam solat kita .. baca betul2 yeaa ~ :)
- Penjagaan makanan dan pakaian kita agar terjamin halalnya.
- Jika seorang yang berkemampuan maka seringlah membantu bersedekah kepada asnaf/kumpulan yang layak menerimanya.
- Menyempurnakan wudhuk dengan menjaga segala rukun,syarat dan adab-adabnya.
- Memakai pakaian yang sesuai kemas dan bersih.
- Pastikan tempat sujud tidak ada sebarang gambar atau tulisan yang boleh mengganggu fikiran.
- Sentiasa melaksanakan solat berjemaah yang paling afdhal di Masjid.
- Jika solat bersendirian membaca Jahar/kuat surah al-Fatihah dan ayat lazim dalam rakaat 1 dan 2 pada waktu solat yang tertentu seperti Maghrib,Isyak,Subuh.
- Mengingati mati dan kemungkinan solat tersebut adalah solat terakhir kita.
- Sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Taala yang merupakan Raja kepada segala Raja. Maha Agung,Maha Hebat dan Maha segala-galanya.
- Sedar bahawa Allah senantiasa memerhatikan gerak laku kita.
- Mewujudkan perasaan rendah diri dan perasaan takut terhadap azab Allah.
- Memahami segala bacaan di dalam solat.
- Membaca surah-surah tertentu sebelum solat seperti surah an-Nas,al-Falak,berselawat dan apa sahaja bacaan dan doa yang untuk menjauhkan gangguan syaitan.
- Memandang ke tempat sujud semasa Qiyam atau berdiri,rukuk dan iktidal,memusatkan fokus ke hidung ketika sujud,pusatkan pandangan ke jari telunjuk kanan ketika tahiyyat dan duduk antara dua sujud.
- Memuasatkan seluruh perhatian kepada solat.
- memanjangkan sedikit tempoh sujud dan rukuk.
- Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
Wallahua’lam…
ehh !! comell je bdak kcik nihh ~ hehe ~
No comments:
Post a Comment