JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengesahkan
tidak menerima sebarang tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk menjadi jurulatih skuad bola sepak negara itu bagi menggantikan Radojko Avramovic.
tidak menerima sebarang tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk menjadi jurulatih skuad bola sepak negara itu bagi menggantikan Radojko Avramovic.
Pengendali berusia 41 tahun itu berkata, perkara itu timbul selepas beberapa laporan akhbar tempatan di Singapura yang mengaitkan dirinya sebagai antara calon terbaik untuk membimbing skuad Singa. “Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan sebelum ini, isu ini hanya dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan di sana. Saya masih ada kontrak dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan mempunyai misi untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Sea tahun depan.
“Buat masa ini fokus saya hanyalah bersama Harimau Muda A dan saya hanya memikirkan masa depan saya selepas kontrak saya tamat tahun depan,” katanya ketika dihubungi di Vietnam semalam.
Kim Swee mendapat tumpuan di Singapura kerana membimbing Harimau Muda A menduduki tangga keempat Liga-S dan memiliki reputasi baik di rantau ini selepas skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu.
Ketika ini pengendali negara itu berada di Gia Lai, Vietnam bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) negara bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak VFF Newspaper Cup.
Skuad muda negara itu membuka langkah kanan Sabtu lalu apabila membenam skuad B-21 Laos 4-2 pada perlawanan pembukaan dan akan turun menentang Sydney FC dari Australia Rabu ini pada aksi terakhir Kumpulan B.
“Peluang kita untuk melangkah ke separuh akhir cerah selepas menewaskan Laos, tapi saya mengingatkan pemain-pemain supaya jangan ambil mudah dan perlu bersedia untuk berdepan Sydney FC.
“Saya tidak tahu sejauh mana kekuatan pemain muda Sydney FC tapi saya akan mengumpul maklumat itu apabila mereka menentang Laos esok (hari ini),” katanya.
SUMBER : HarianMetro
No comments:
Post a Comment